Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya terima kunjungan Persatuan Belia Inovasi KK

4:46pm 22/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 13 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya (barisan hadapan, empat dari kiri) menyerahkan sumbangan untuk Persatuan Belia Inovasi kepada Mustapha sambil diperhatikan oleh Ag Abd.Ghani (empat dari kiri), Ishar (kanan), Mohd.Jaini (dua dari kiri), Hassan (tiga dari kiri) dan ahli jawatankuasa persatuan itu.

Yahya (barisan hadapan, empat dari kiri) menyerahkan sumbangan untuk Persatuan Belia Inovasi kepada Mustapha sambil diperhatikan oleh Ag Abd.Ghani (empat dari kiri), Ishar (kanan), Mohd.Jaini (dua dari kiri), Hassan (tiga dari kiri) dan ahli jawatankuasa persatuan itu.

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Inovasi Kota Kinabalu di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, disini hari ini.

Semasa kunjungan itu yang diketuai oleh pengerusinya, Encik Mustapha Ahmad, Yahya telah diberi taklimat mengenai program dan aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan itu termasuk Mini Pasar Malam Belia Putatan (Putat-Town Youth Fest 2016) yang akan diadakan pada 9 April 2016.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas menasihatkan persatuan belia agar menjalan aktiviti dan program yang praktikal dan berkesan untuk generasi belia walaupun dalam skala yang kecil.

Turut serta ialah Timbalan Pengerusi, Farid Ismail, Setiausaha, Dg Haryate Ag.Abdullah dan bendahari, Viviana Verence, Penasihat persatuan, Ag. Abd.Ghani Pg.Yusof yang juga Pegawai Daerah Putatan, Pegawai (Kementerian Belia & Sukan Sabah) Bahagian Pantai Barat Selatan, Encik Mohd.Jaini Jad, Penolong Pegawai Daerah Putatan, Hassan Mahali dan Setiausaha Politik Yahya, Ishar Ramli. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan