Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya terima kunjungan Pengerusi Tabung Pendidikan One Place Mall

7:43pm 12/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 111 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Poh (tiga dari kiri), Ng (empat dari kiri), Daniel (kanan), K. M Tham (tiga dari kanan), Roney (dua dari kanan) dan Wong (dua dari kiri)

Yahya (empat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Poh (tiga dari kiri), Ng (empat dari kiri), Daniel (kanan), K. M Tham (tiga dari kanan), Roney (dua dari kanan) dan Wong (dua dari kiri)

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menerima kunjungan daripada Pengerusi Tabung Pendidikan One Place Mall, Putatan, Poh Wing Hiung di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, disini.

Menurut Poh, kunjungan tersebut adalah bagi memberi taklimat berkenaan sambutan “Mid-Autumn Moon Festival 2016” yang akan diadakan di One Place Mall, Putatan pada 10 September 2016 dan juga sekaligus merasmi kedai Fook Yuen di pusat membeli belah itu.

Tambahnya, pesta tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tionghua Daerah Putatan, One Place Mall dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Kota Kinabalu.

Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan itu ialah pertandingan membuat tanglung bagi kategori pelajar sekolah dan orang awam serta persembahan hiburan.

“Pesta itu juga bertujuan untuk menggalakkan kehadiran pelancong luar khususnya pelancong China, Hong Kong, Jepun dan lain-lain ke Putatan”, tambahnya.

Turut hadir ialah Ketua Masyarakat Cina (KAPITAN) Putatan, Ng Chen Thing. Rombongan Fook Yuen 8 diwakili oleh Patrick Vun, Daniel Yap dan K.M Tham, Roney Teo mewakili One Place Mall dan Wong Hoong Shyn mewakili PAWE.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan