Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya terima kunjungan Kumpulan Yayasan Albukhary

2:31pm 14/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 264 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
KUNJUNGAN…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Penasihat Korporat Kumpulan (Group Corporate Advisor) Albukhary Foundation, Datuk Seri Haji Abdul Aziz Shahar setelah menerima kunjungan rombongan daripada yayasan itu, Tradewinds Plantation Berhad dan MARDEC Berhad di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

KUNJUNGAN… Yahya (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Abdul Aziz (tengah) setelah menerima kunjungan rombongan daripada yayasan itu, Tradewinds Plantation Berhad dan MARDEC Berhad di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menerima kunjungan hormat Kumpulan Yayasan Albukhary yang diketuai Penasihat Korporat Kumpulan (Group Corporate Advisor) tersebut, Datuk Seri Haji Abdul Aziz Shahar di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, disini.

Dalam kunjungan tersebut, kedua- dua buah yayasan di bawah Kumpulan tersebut, Tradewinds Plantation Berhad dan MARDEC Berhad bercadang mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi membangunkan industri getah dan juga projek pertanian moden di Sabah.

Hadir sama, Pengurus Government Liaison Yayasan Albukhary, Zulbahrin Haji Shaari, Ketua Perancangan Korporat Tradewinds Plantation Berhad, Mohd Nazim Basiron dan Ketua Pegawai Operasi MARDEC, Mohamad Razali Abdul Hamid.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan