Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya terima kunjungan K1M Daerah Putatan

5:35pm 03/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 5 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
KUNJUNGAN… Yahya menerima cenderamata daripada Tahir (tiga dari kiri) semasa menerima kunjungan hormat ahli jawatankuasa K1M Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

KUNJUNGAN… Yahya menerima cenderamata daripada Tahir (tiga dari kiri) semasa menerima kunjungan hormat ahli jawatankuasa K1M Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya menerima kunjungan hormat daripada ahli jawatankuasa Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian, disini, hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, Yahya menyeru agar pihak K1M memainkan peranan berkesan dalam menyampai dan menyalurkan maklumat mengenai dasar dan program pembangunan kerajaan kepada rakyat akar umbi.

“K1M perlu menjelaskan isu-isu semasa yang berlaku di negara dan negeri ini kepada rakyat agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan memburuk-burukkan kerajaan dan kepimpinan negara dan negeri”, tegasnya.

Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi K1M, Tahir Mohd. Soon. Turut serta pada kunjungan itu ialah Pegawai Penerangan Daerah Putatan, Alias Jaafar. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan