Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penggunaan teknologi komunikasi digalakkan dalam penyebaran maklumat- Yahya

12:45pm 12/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 10 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya (enam dari kiri) menerima cenderamata daripada Haji Othman dan diperhatikan oleh ahli jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Putatan.

Yahya (enam dari kiri) menerima cenderamata daripada Haji Othman dan diperhatikan oleh ahli jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Putatan.

KOTA KINABALU- Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata penggunaan teknologi komunikasi yang canggih amat dituntut dalam usaha untuk menyebarkan maklumat dengan cepat dan tepat.

“Dalam zaman sekarang, manusia tidak dapat lari daripada teknologi terutama di kawasan bandar dan luar bandar yang mahir penggunaan telefon pintar untuk berkomunikasi, justeru penggunaan ICT merupakan satu kemestian bagi Biro Penerangan dalam melaksanakan peranan mereka”, tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Biro Penerangan UMNO Bahagian Putatan di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, di sini, hari ini.

Yahya yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan turut
mengingatkan biro itu agar memainkan peranan berkesan dalam menangkis dan memberi penerangan kepada rakyat akar umbi berhubung isu-isu semasa setempat.

Di samping itu, Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan juga mahu Biro Penerangan mendekati penghuni di kawasan- kawasan perumahan baru dan mengadakan program yang sesuai untuk pengundi-pengundi baru.

Menurutnya, jawatankuasa biro itu perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat dan data terkini mengenai isu-isu semasa setempat agar dapat memberi penerangan kepada golongan sasar.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Haji Othman Abd.Hamid. Hadir sama, timbalannya, Haji Ibrahim Dermat dan setiausaha, Nuridah Amdan.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan