Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya: Terap nilai budi bahasa dalam diri anak-anak

 

Yahya (tiga kanan) meninjau persiapan Sambutan HPPNS 2016 dan 'Road To MAHA' 2016 di Dewan Sri Putatan, hari ini
Yahya (tiga kanan) meninjau persiapan Sambutan HPPNS 2016 dan ‘Road To MAHA’ 2016 di Dewan Sri Putatan, hari ini

PUTATAN- Masyarakat setempat khususnya ibubapa diseru mendidik anak-anak dari pelbagai aspek termasuklah menerapkan amalan budi bahasa dalam kehidupan seharian mereka.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin berkata ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak-anak mereka.

“Cara hidup dan bahasa pertuturan amat penting. Kita perlu mengamalkan budi bahasa ketika bercakap dengan individu lain. Sekiranya, kita mengungkapkan perkataan yang tidak patut, ia akan menyinggung perasaan orang sekeliling kita,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau majlis raptai Sambutan Hari Perladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Sabah (HPPNS) dan ‘Road To MAHA’ 2016, di Dewan Sri Putatan, hari ini.

Mengulas mengenai kejadian buli di sebuah sekolah agama yang viral di media sosial sejak isnin lalu, beliau berkata ibubapa mempunyai peranan penting membendung aktiviti buli ini daripada terus berlaku di kawasan sekolah.

“Kita tidak boleh menyalahkan pihak lain sekiranya kejadian buli ini berlaku, sebaliknya, sebagai ibubapa, kita perlu menasihati anak-anak agar tidak melakukan perkara tersebut,”katanya.

Dalam masa sama, lebih kurang 300 gerai pameran dijangka memeriahkan HPPNS yang bermula pada 10 September, tahun ini. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan