Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya temui ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah MAFI dan MOA

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan, Pengarah-Pengarah, Pengurus Besar, Pengerusi-Pengerusi dan pegawai kanan Jabatan dan Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Persekutuan di bilik mesyuarat utama Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri mahu semua jabatan dan agensi dibawah kementeriannya dan MOA Persekutuan melaksanakan sepenuhnya program-program kerajaan agar ianya memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat di akar umbi.

Beliau juga mahu jabatan-jabatan dan agensi kerajaan melaksanakan tugas yang diamanahkan kerajaan dengan penuh integriti, responsive dan proaktif terhadap keperluan dan masalah rakyat.

“Sekiranya rakyat berpuas hati dengan prestasi jabatan kerajaan dan menepati amanah yang dihasratkan rakyat, maka sudah pasti rakyat akan terus memberi sokongan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah hari ini”, katanya.

Beliau juga mahu jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan bertindak proaktif dengan memaklum dan menyebarkan pencapaian projek-projek kerajaan kepada rakyat.

Turut hadir ialah Pembantu-Pembantu Menteri, Datuk Haji Sairin Karno dan Datuk Haji Musbah Jamli, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ahmad Awang Hashim, Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Mijul Unaini, Pengerusi SAFMA, Datuk Haji Ujang Sulani danTimbalan Setiausaha Tetap MAFI, Encik K.Zulkifli Harrith./SayangSabah

Yahya (tengah) ketika mengadakan perjumpaan berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan