Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya serah sumbangan kepada mangsa kebakaran

6:17pm 04/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 48 views Jenayah,Tempatan
SUMBANGAN…Yahya menyerahkan sumbangan berupa wang kepada Pengerusi Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Cawangan Putatan, Ustaz Julniealam Amilussin bagi membantu meringan beban setelah bangunan asrama yang menampatkan seramai 20 orang kanak-kanak tahfiz di Kampung Sri Pandan, Putatan musnah dalam kebakaran pagi hari ini.

Yahya menyerahkan sumbangan berupa wang kepada Ustaz Julniealam Amilussin (kiri) di Kampung Sri Pandan, Putatan yang musnah dalam kebakaran pagi hari ini.

PUTATAN- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menyerahkan sumbangan berupa wang kepada Pengerusi Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Cawangan Putatan, Ustaz Julniealam Amilussin bagi membantu meringankan beban setelah bangunan asrama yang menempatkan seramai 20 orang kanak-kanak Tahfiz di Kampung Sri Pandan, disini, hari ini yang musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Ir.Edward Yong Oui Fah menerusi Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) turut membantu mangsa kebakaran dengan bantuan berupa makanan dan keperluan lain.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali, PPM Tanjung Aru, Encik Henry Chu, PPM Putatan, Encik Ali Hussin Sharin dan pemimpin masyarakat setempat.

Yahya menasihatkan penduduk setempat agar sentiasa berwaspada dan tidak membenarkan kanak-kanak main api terutama semasa musim El Nino ini.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan