Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya serah sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran

SUMBANGAN…Yahya (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangannya dan juga daripada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Putatan kepada Yunus mewakili keluarga kedua- dua mangsa.
SUMBANGAN…Yahya (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangannya dan juga daripada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Putatan kepada Yunus mewakili keluarga kedua- dua mangsa.

PUTATAN- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin menyampaikan sumbangannya dan juga daripada Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Putatan kepada keluarga allahyarhama Tiah Awang, 86 dan Nurulfahana Dzulkifli yang terkorban dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Contoh, di sini, hari ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail mewakili keluarga kedua- dua mangsa.

Yahya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas turut meninjau tempat kejadian. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Mahali (dua dari kanan) dan Ketua Kampung Kg.Contoh, KK Dula Haji Rusak (empat dari kanan) dan pegawai bombo dari balai bomba Penampang.

Terdahulu, kejadian kebakaran itu berlaku sekitar 8.23 pagi dan tiga buah rumah musnah dalam kejadian itu.-Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan