Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya rasmi undian berkomputer projek PIA dan PIAS Putatan

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Majlis Undian Berkomputer Projek Penyelanggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Pembangunan Infrastruktur Asas (PIAS) Daerah Putatan Tahun 2018 di Dewan Sri Putatan, hari ini.

Daripada sebanyak 67 syarikat kontrantor yang  berdaftar di Putatan,  56 daripada mereka menghadiri majlis undian itu yang melibatkan sebanyak 31 projek bernilai RM1.505,000.00.

Dalam ucapannya, Yahya menegaskan, selaras dengan Program Transformasi Luar Bandar yang menjadi pelengkap program transformasi menyeluruh negara, kerajaan sentiasa memberikan perhatian yang khusus terhadap kerja PIA dan PIAS terutama di kawasan luar bandar bagi menjamin kemudahan yang disediakan adalah mencukupi dan berada di tahap yang terbaik.

Katanya, program PIA & PIAS adalah merupakan keazaman kerajaan untuk memantapkan pembangunan sosioekonomi secara inklusif setelah menyelami kehendak dan permasalahan sehingga ke peringkat akar umbi agar kesulitan rakyat dapat diatasi dengan pantas dan berkesan.

“Program PIA & PIAS juga dapat menepis tanggapan bahawa Kerajaan hanya berminat menumpukan kepada projek berskala besar sahaja tanpa mengendahkan kontraktor kecil”, tambahnya.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir.Edward Yong, Pegawai Daerah Putatan, Haji Ag.Abd.Ghani Pg.Yusoff ./SayangSabah

Yahya melakukan proses undian berkomputer di majlis itu.

Komen


Berita Berkaitan