Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya rasmi persidangan UMNO Cawangan Kg. Ulu Seberang

BERSIDANG…Yahya (tiga dari kanan) merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Kampung Ulu Seberang Putatan di halaman rumah Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Mohd.Tasip Haji Jali di Kampung Ulu Seberang, Putatan, di sini, baru- baru ini.
BERSIDANG…Yahya (tiga dari kanan) merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Kampung Ulu Seberang Putatan di halaman rumah Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Mohd.Tasip Haji Jali di Kampung Ulu Seberang, Putatan, di sini, baru- baru ini.

PUTATAN- Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mengingatkan ahli-ahli UMNO yang berumur 21 tahun agar mendaftar sebagai pengundi.

“Setiap ahli UMNO yang telah cukup umur dimestikan mendaftar sebagai pengundi kerana undi mereka bagitu penting bagi menentukan masa depan parti dan kerajaan,”katanya

Beliau berkata demikian semasa
merasmikan Persidangan UMNO Cawangan Kampung Ulu Seberang Putatan di halaman rumah Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Mohd.Tasip Haji Jali di Kampung Ulu Seberang, disini, baru- baru ini.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan ahli-ahli UMNO yang telah berumur 21 tahun agar mendaftar sebagai pengundi memandangkan pilihanraya umum akan diadakan kurang daripada 3 tahun dari sekarang.

Yahya yang juga ADUN Petagas mengingatkan rakyat agar terus bersatu-padu dan berdiri teguh dibelakang kerajaan Barisan Nasional (BN) agar kerajaan dapat terus menumpukan perhatian membangun rakyat dan negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Cawangan UMNO Kg.Ulu Seberang, WKAN Mohd.Tasip Jali, Setiausaha Cawangan, Encik Latip Jair, bendahari, Burhanuddin Yahya dan Ketua Penerangan cawangan, Ali Hussin Sharin

Komen


Berita Berkaitan