Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya: Pembangunan industri hiliran produk asas tani perlu diberi penekanan

8:14pm 26/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 17 views Tempatan
 Yahya memukul gong sebagai tanda merasmikan Mesyuarat Agung pertama PPK Putatan sambil diperhatikan oleh Mohd.Nazri Abdullah (dua dari kanan), Ag.Abd.Ghani (kanan), Anita (dua dari kiri) dan Kamisah (kiri) di majlis itu.

Yahya memukul gong sebagai tanda merasmikan Mesyuarat Agung pertama PPK Putatan sambil diperhatikan oleh Mohd.Nazri Abdullah (dua dari kanan), Ag.Abd.Ghani (kanan), Anita (dua dari kiri) dan Kamisah (kiri) di majlis itu.

PUTATAN- Para peladang perlu memberi penekanan kepada pembangunan industri hiliran pengeluaran produk- produk asas tani yang boleh diproses, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin.

Menurut Yahya, usaha tersebut dapat memberi peluang perniagaan kepada penduduk bandar yang menghadapi kekangan untuk memiliki tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan.

“Daripada 19,854.7 hektar keluasan daerah Putatan, hanya 2,972.2 hektar sahaja kawasan bertanah.

“Keluasan tanah untuk aktiviti pertanian adalah sangat terhad terutamanya di kawasan pusat bandar,”katanya semasa berucap sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Pertubuhan Kawasan (PPK) Putatan, disini, hari ini.

Yahya yang turut merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata para peniaga boleh mengusahakan produk asas tani tersebut secara kecil- kecilan dan boleh dipelbagaikan.

Tambahnya, produk itu turut boleh dikomersialkan dengan bantuan dan nasihat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

“Aspirasi pihak kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor pertanian sebagai sektor utama di dalam menjana pendapatan ekonomi negara perlu diberikan sokongan padu oleh masyarakat terutamanya ahli- ahli peladang sendiri,” katanya.

Selain itu, Yahya turut menggesa PPK daerah itu agar dapat memainkan peranan dalam membantu sektor pertanian agar berkembang dengan lebih maju dan menjadi sumber ekonomi serta penyumbang utama kepada kepada pendapatan kepada ahli peladang di daerah tersebut.

“Lembaga Pertubuhan Peladang khususnya perlu cuba mempercepatkan proses untuk mendapatkan pejabat pentadbiran dalam tahun ini dan saya mahu pejabat ini beroperasi di dalam Daerah Putatan untuk memudahkan ahli- ahli peladang berurusan dengan PPK,”katanya.

Tambahnya, sejumlah 553 orang telah mendaftar sebagai ahli peladang di PPK putatan sejak pertubuhannya.

“Ini menunjukkan bahawa masyarakat di daerah ini sangat peka dan menyedari bahawa penglibatan mereka di dalam aktiviti pertubuhan itu akan memberi manfaat kepada mereka,”ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Mohd.Nazri Abdullah, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Anita Misuari, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Sementara PPK Putatan, Haji Ag.Abd.Ghani Pg.Yusoff. – Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan