Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya: Orang ramai perlu jimatkan penggunaan air

7:54pm 20/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 13 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Kenangan.... Yahya (tengah) bergambar bersama penganjur program, Peter (tiga dari kiri) dan para peserta pertandingan Beatbox Kategori Solo, di One Place Mall, disini, hari ini.

Kenangan…. Yahya (tengah) bergambar bersama penganjur program, Peter (tiga dari kiri) dan para peserta pertandingan Beatbox Kategori Solo, di One Place Mall, disini, hari ini.

PUTATAN- Orang ramai perlu menjimatkan penggunaan air semasa menghadapi musim El-Nino ini, kata Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hj.Yahya Hussin.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata musim panas pada ketika ini menyebabkan paras air di sesetengah sungai semakin berkurangan.

“Jangan bazirkan air sebab kita sekarang ini menghadapi musim panas yang melampau dan keadaaan sungai kita yang semakin cetek,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata sumber air di negeri ini masih lagi mencukupi dan Sabah belum lagi mengalami masalah besar buat masa ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Pertandingan Akhir Beatbox Battle di One Place Mall Putatan, hari ini.

Selain itu, Yahya turut menyeru kepada petani dan peladang agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan ladang mereka.

“ Saya mahu kepada petani sentiasa menjaga kawasan mereka bagi mengelakkan sebarang kebakaran,” katanya.

Sementara itu, seramai lebih daripada 20 orang peserta mengikuti pertandingan Beatbox Battle itu untuk menunjukkan bakat mereka dalam seni Beatbox tersebut.

Johan akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000, trofi, sijil dan penginapan di Hotel Soluxe selama tiga hari dan dua malam berserta sarapan. Manakala, pemenang tempat kedua akan mendapatkan wang tunai RM 500, trofi, sijil dan penginapan di Hotel Soluxe selama dua hari dan satu malam berserta sarapan.

Pemenang tempat ketiga akan mendapatkan wang tunai sebanyak RM300, trofi, sijil, penginapan di Hotel Soluxe selama dua hari dan satu malam beserta sarapan.

Hadir sama, penyanyi terkenal tempatan merangkap penganjur pertandingan tersebut, Peter Dicky Lee. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan