Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,739

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya lawat tapak Projek Penanaman Cendawan Shiitake Berkelompok KPD

1:04pm 04/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 38 views Tempatan
Yahya (tengah) bersama Sairin (dua dari kiri), Saddi (dua dari kanan), Basrun (kiri) dan Yap (kanan) menunjukkan cendawan Shiitake, cendawan Tiram dan Lingzhi yang diusahakan oleh KPD semasa melawat dan meninjau Projek Penanaman Cendawan Shiitake Berkelompok KPD di KM54.2 Jalan Kimanis-Keningau, kelmarin

KENINGAU- Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin membuat lawatan dan meninjau Projek Penanaman Cendawan Shiitake Berkelompok Koperasi Pembangunan Desa (KPD) di Jalan Kimanis-Keningau, kelmarin.

Projek pemeliharaan cendawan Shiitake merupakan salah satu projek utama KPD. Pada tahun 2014, projek ini telah mengeluarkan hasil lebih kurang 47 Metrik Tan (MT) cendawan.
Pada tahun 2015, jumlah pengeluaran ialah sebanyak 42 MT, disebabkan kesan gempa bumi di Kundasang menyebabkan operasi kilang pengeluaran bibit cendawan di daerah itu terpaksa dihentikan buat seketika. Pada tahun ini, KPD mensasarkan pengeluaran cendawan sebanyak 46 MT.
Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Haji Sairin Karno, Pengerusi Korporasi Pembangunan Desa (KPD), Datuk Saddi Abd.Rahman, Pengurus Besar KPD, Datuk Basrun Datuk Mansor dan Datuk Yap Yun Fook.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan