Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya: Kerajaan negeri melarang pengekportan makanan laut segar

Yahya bersama dif- dif jemputan sempena Amanat Tahun Baru 2016. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah
Yahya bersama dif- dif jemputan sempena Amanat Tahun Baru 2016. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri mengumumkan bahawa eksport makanan laut segar keluar dari negeri ini adalah dilarang dan berkuatkuasa serta merta.

Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata langkah tersebut dapat memastikan masyarakat tempatan mahupun pelancong negeri ini dapat bekalan makanan laut segar yang mencukupi.

“Ini akan meningkatkan lagi bilangan pelancong luar negara ke negeri ini untuk menghayati makanan laut yang segar”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika sidang akhbar sempena Amanat Tahun Baru 2016, di Wisma Pertanian, disini, pagi tadi.

Disamping itu, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Datuk Rayner Datuk Stuel Galid berkata Makanan laut segar di Sabah mendapat pemintaan yang banyak di beberapa buah negara termasuk China, Eropah, Amerika Syarikat dan Semenanjung Malaysia.

“Jumlah nilai keseluruhan eksport makanan laut segar adalah lebih kurang RM 800 juta. “, tambahan beliau.

Beliau turut berkata terdapat lebih kurang 20 organisasi yang melakukan aktiviti ekport makanan laut segar ke kawasan luar dari negeri ini.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan