Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Yahya hadir majlis raikan ADUN BN Selangor

Yahya menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Salamon Selamat sambil diperhatikan oleh Noh Omar di majlis itu.
Yahya menyampaikan cenderamata kepada Dato’ Salamon Selamat sambil diperhatikan oleh Noh Omar di majlis itu.

MERAIKAN…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor di Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu, semalam.

Rombongan ADUN BN Selangor diketuai oleh Pengerusi BN negeri itu,  Datuk Haji Noh Omar berada di Kota Kinabalu kerana mengadakan retreat (pemukiman) disini.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid,   Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Encik Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosni Sohar, Ketua Pergerakan Wanita BN Sabah, Datuk Hajah Armani Haji Mahiruddin dan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Encik Mohd.Bahrin Abd.Karim.- Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan