Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya: Gerakan koperasi perlu ceburkan diri dalam industri pelancongan dan aktiviti hiliran

2:32pm 26/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 7 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Jabit (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yahya (tengah) dan disaksikan oleh Umar. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Jabit (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yahya (tengah) dan disaksikan oleh Umar. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Gerakan koperasi di negeri ini diseru agar menceburkan diri dalam industri pelancongan dan aktiviti hiliran, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj Yahya Hussin.
Beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah berkata penglibatan gerakan koperasi dalam bidang tersebut dikenal pasti sebagai sumber keberhasilan utama negara dan dapat melonjakkan peranan koperasi dalam mencapai matlamat KDNK negara.
” Kita mahu koperasi turut sama menjadi pemain utama dalam usaha memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, sebagai pemangkin bersama-sama sektor awam dan swasta dalam usaha membangunkan ekonomi.
“Sektor pelancongan dan aktiviti hiliran ini mampu memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat serta menjana pendapatan kepada individu mahupun koperasi”, katanya.
Yahya berkata demikian ketika berucap sempena merasmikan Program Bicara Profesional: “Potensi Pelancongan & Aktiviti Hiliran Menjana Keberhasilan Gerakan Koperasi” dan Program Promosi Latihan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) 2016 di Hotel TH, Sembulan, disini, hari ini.
Disamping itu, Yahya turut mengalakkan koperasi di luar bandar untuk terlibat secara lansung dalam industri pelancongan khususnya yang menawarkan produk eko-pelancongan.
“Kawasan luar bandar kaya dengan sumber semulajadi sebagai aset yang boleh menjana aktiviti ekonomi kepada koperasi setempat.
Sehubungan itu, Timbalan Pengarah MKM Cawangan Sabah, Jabit Jaudin berkata MKM komited dalam memenuhi aspirasi gerakan koperasi di samping tolakan keperluan oleh para koperator yang semakin meningkat di Malaysia khususnya negeri ini.
Beliau turut berkata lebih daripada 794 buah kursus akan dianjurkan oleh MKM di seluruh Malaysia termasuklah 65 buah kursus di negeri ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Haji Umar Sarim Saidin, dif-dif jemputan, Pegawai- pegawai Jabatan dan Agensi Kerajaan dan para Pemimpin Koperasi. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan