Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya berbuka bersama penghuni RAKS

12:55pm 19/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 14 views Tempatan
Yahya menyampaikan sampul duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan di majlis itu.

Yahya menyampaikan sampul duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan di majlis itu.

PUTATAN- Seramai 88 orang penghuni Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS) Sembulan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di kediaman Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin di Kuala Putatan 2, di sini.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri turut menyampaikan sumbangan berupa 20 kampit beras untuk RAKS.

Turut hadir di majlis itu ialah isteri Yahya, Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Md.Yunin, Ketua Daerah Putatan, OKK Haji Yunus Ismail dan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Neger (JHEAINS) Putatan, Haji Lamsin Anggali.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan