Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Yahya- Ahli UMNO perlu setia kepada perjuangan parti

8:30pm 04/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 43 views Politik,Tempatan
Yahya (bersongkok) menyerahkan sumbangan kepada ketua-ketua cawangan UMNO di majlis itu.

Yahya menyerahkan sumbangan kepada ketua-ketua cawangan UMNO di majlis itu.

KOTA KINABALU: Ahli-ahli UMNO di Sabah diingatkan agar terus setia kepada parti yang memperjuang dan membela nasib rumpun Melayu, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Katanya, ahli-ahli UMNO harus setia kepada parti dan bukan individu atau pemimpin tertentu kerana perjuangan parti mesti diteruskan.

“Individu pemimpin tertentu sirih berganti termasuk mereka yang melanggar disiplin parti, dibuang atau digantung. Justeru sebagai ahli parti, kita hendaklah terus kekal setia kepada perjuangan parti dan bukan untuk individu tertentu.

“Kepentingan parti hendaklah diutamakan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti iaitu Majlis Tertinggi UMNO hendaklah dipatuhi, akur dan disokong oleh ahli-ahli UMNO”, katanya,

Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan berkata demikian pada majlis amanat dan menyampaikan sumbangan kepada ketua-ketua cawangan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian di dewan serbaguna Wisma Pertanian Sabah, hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi, Naib Ketua Bahagian, Encik Assan Nasib, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Puan Juriah Palasin, Ketua Pergerakan Puteri Bahagian, Dahliah Mohd.Zain, Setiausaha Bahagian, Encik Ishar Ramli, Bendahari Bahagian, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Kini dan Ketua Penerangan Bahagian, Haji Othman Hamid.

Katanya, ahli-ahli UMNO tidak harus emosi dan terikut-ikut serta terpengaruh dengan rentak pemimpin tertentu sehingga bertindak meninggal parti.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, ahli-ahli UMNO perlu faham perjuangan parti bukan perjuangan untuk individu tertentu.

Yahya menegaskan ahli-ahli UMNO perlu berdiri teguh dan memberi sokongan padu terhadap kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak selaku Perdana Menteri dan juga kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Katanya, ahli-ahli parti perlu terus mengekalkan perpaduan jitu sama ada di peringkat cawangan atau bahagian demi kelangsungan perjuangan UMNO

Yahya menyanjung tinggi ahli-ahli dan pemimpin UMNO Bahagian Putatan yang taat dan setia kepada parti serta mengutamakan perjuangan parti.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan