Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YA1M sumbang RM40,000 kepada artis tempatan Sabah

Masidi sedang menyampaikan ucapannya dalam Majlis Sumbangan Kepada Artis Sabah Bagi Tahun 2015
Masidi sedang menyampaikan ucapannya dalam Majlis Sumbangan Kepada Artis Sabah Bagi Tahun 2015

KOTA KINABALU- Sejumlah RM40,000 disumbangkan oleh Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) kepada seramai 20 artis tempatan Sabah bertujuan untuk meringankan beban kehidupan harian mereka.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, sumbangan yang diberikan itu merupakan penghargaan kepada para artis tempatan berusia 60 tahun dan memerlukan bantuan perubatan.

“Melalui sumbangan yang diberikan ini, diharapkan agar para artis veteran tempatan tidak merasa disisihkan tetapi terus bersemangat untuk berkarya,” katanya dalam Majlis Sumbangan Kepada Artis Sabah Bagi Tahun 2015 Anjuran Yayasan Artis 1Malaysia, di sini hari ini.

Sumbangan tersebut seiring dengan misi dan objektif yang ingin dicapai oleh YA1M iaitu membantu menjaga kebajikan dan memberikan pembelaan kepada artis tempatan merangkumi penyanyi, pemuzik dan pelakon.

Selain itu, YA1M juga menyalurkan bantuan sama kepada artis yang sakit terlantar di hospital serta mereka yang meninggal dunia.

Katanya, golongan artis wajar diberikan bantuan kerana mereka merupakan perintis kepada kejayaan kesenian tempatan yang semestinya banyak menyumbang jasa.

Dalam masa yang sama beliau juga sempat memberi ulasan mengenai rungutan segelintir pembikin filem tempatan yang mendakwa tidak menerima bantuan daripada kerajaan.

Katanya, cabaran seumpama itu seharusnya dianggap positif dan dianggap sebagai cabaran dalam industri perfileman.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan