Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

YA1M beri sumbangan RM40 ribu kepada artis veteran Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 20 orang artis tempatan Sabah menerima sumbangan RM2000.00 seorang daripada Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada para penerima oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dalam satu majlis di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Sumbangan ini merupakan salah satu tanda penghargaan dan pembayaran sekali seumur hidup untuk para artis yang telah mencecah usia lebih dari 60 tahun.

Selain daripada sumbangan sempena musim perayaan serta majlis sumbangan tahunan, YA1M juga memberi sumbangan kepada artis yang mempunyai masalah kesihatan serta mereka yang telah meninggal dunia.

Jumlah keseluruhan sumbangan yang diserahkan oleh pihak YA1M kepada para penerima adalah RM40,000.00./Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Barisan artis yang menerima sumbangan dalam majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Barisan artis yang menerima sumbangan dalam majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin
Musa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan