Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Xinyi Glass Holding Limited bakal melabur RM1.2 bilion di Sabah

KOTA KINABALU: Xinyi Glass Holding Limited bakal melabur RM1.2 bilion di Sabah.

Pengarah Kewangannya, Datuk Sin Ket Hin berkata pelaburan berkenaan akan membuka peluang pekerjaan dan teknologi maju kepada rakyat.

“Sebanyak 1,400 peluang pekerjaan dibuka kepada rakyat negeri Sabah dan latihan kemahiran dalam bidang teknikal akan diberikan kepada mereka yang terpilih di Melaka dan apabila telah mahir barulah balik bekerja di sini.

“Kita bercadang untuk mendapatkan lokasi seluas 200 ekar bagi membina kilang tersebut dan buat masa sekarang tiga lokasi disenarai pendek untuk pembinaan kilang ini iaitu di Kudat, Kota Marudu atau Sipitang,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya, petang Khamis.

Menurut Sin, Sabah dipilih kerana lokasinya yang strategik berdekatan dengan China, Singapura, Vietnam dan negara-negara lain.

Xinyi Glass Holding Limited merupakan syarikat gergasi ketiga terbesar di dunia dalam menghasilkan cermin floating bagi kegunaan pembinaan bangunan dan cermin automotif.

Selain Malaysia, syarikat berkenaan turut beroperasi di China, Hong Kong dan Kanada.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong, Timbalan Presiden Xinyi Solar Holding Limited, Datuk Liu Xiaorong, Profesor CTO, Jian Jun Yang dan Pengarah MIDA Sabah, Habibah Enok. /Penerangan-

Duduk dari kanan: Jian, Sin, Liu dan Jaujan semasa sidang media selepas kunjungan hormat tersebut.

Komen


Berita Berkaitan