Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wujudkan Skim Rondaan Sukarela di KRT

Bobbey menyarung pakaian seragam SRS kepada salah seorang anggota SRS.bobbey menyarung pakaian SRS. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Bobbey menyarung pakaian seragam SRS kepada salah seorang anggota SRS.bobbey menyarung pakaian SRS. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

NABAWAN – Penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beberapa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini amat penting sebagai langkah awal menjaga keselamatan dan pencegahan jenayah.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Bobbey Suan berkata, walaupun keselamatan di daerah ini masih terkawal dan kejadian kes jenayah amat rendah tetapi langkah penjagaan keselamatan perlu diambil perhatian.

Katanya, menurut rekod pihak polis keselamatan di daerah ini adalah terkawal dan kes jenayah juga tidak membimbangkan.

“Walaupun bagaimanapun penduduk janganlah leka sebaliknya berwaspada kerana kejadian ancaman keselamatan dan kejadian jenayah boleh berlaku di mana-mana dan tidak boleh diduga oleh sesiapa” katanya semasa berucap merasmikan Program OBB: Skim Rondaan Sukarela (SRS) Dekat Di Hati dan Taklimat Keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat daerah Nabawan Balai Budaya Kampung Murni D, di sini hari ini.

Bobbey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, pada masa ini daerah ini tidak seperti Keningau yang terdedah dengan kejadian jenayah ekoran kebanjiran rakyat asing. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan