Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wujudkan Pusat Penyelarasan Respon Bencana di Kota Kinabalu

Abidin Madingkir. - foto Monica Gidong
Abidin Madingkir. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Sebuah Pusat Penyelarasan Tempatan untuk respon bencana perlu diwujudkan di bandaraya Kota Kinabalu, bagi menghadapi bencana di kawasan bandaraya pada masa depan.

Ini kerana, tanggungjawab tindak balas bencana tidak seharusnya diletakkan kepada pihak berkuasa tempatan sahaja termasuk dewan bandaraya dan jabatan-jabatan kerajaan tetapi semua pihak memainkan peranan penting.

Oleh itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, sudah tiba masanya semua jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama membangunkan strategi yang berkesan mengurangkan bencana di Sabah.

“Sebab itu, saya menyokong langkah ke arah mewujudkan pusat penyelarasan tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan bengkel dan latihan Rangkaian Tindakbalas Bencana Antarabangsa (IDRN), di Hotel Promenade, di sini hari ini.

Abidin berkata perubahan iklim dunia menyumbang kepada peningkatan bencana alam yang bukan sahaja mengganggu kehidupan orang ramai dan kawasan-kawasan yang dilanda bencana, tetapi juga membahayakan masyarakat secara keseluruhan dan ekonomi negara. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan