Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wujudkan pangkalan data pelancongan di Semporna- Nasir

1:44pm 21/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 10 views Berita Pelancongan,Laporan Sidang DUN,Pelancongan,Semporna,Tempatan

KOTA KINABALU- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Hj Sakaran menyarankan kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah agar mewujudkan pangkalan data pelancongan khusus bagi daerah Semporna.

Beliau berkata langkah tersebut perlu bagi memastikan kelebihan Semporna sebagai lokasi tumpuan pelancongan dalam dan luar negara dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

” Penyediaan pangkalan data ini penting bukan saja kepada pengusaha industri, tetapi juga kepada kerajaan dan pemimpin masyarakat setempat, sebagai tempat rujukan dalam merangka pelan pembangunan masa depan, seiring galakan kerajaan negeri mempromosikan destinasi serta produk- produk pelancongan tempatan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembahasan pada Persidangan DUN kali ke-14, dekat sini, hari ini.

Selain itu, Nasir berkata daerah Semporna merupakan destinasi pelancongan menarik disamping mempunyai pulau-pulau yang menakjubkan serta kaya dengan hidupan laut.

” Kerajaan perlu meneruskan usaha serta promosi untuk menjadikan Semporna sebagai destinasi Taman Marin yang unggul di Malaysia dan di rantau ini.

” Aset semulajadi ini berpotensi untuk dimajukan sebagai detinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

” Kita berharap supaya Pulau Sipadan yang telah dianugerahkan sebagai ‘Tapak Menyelam Yang Terbaik di Dunia’ menjadi pemangkin utama pembangunan industri pelancongan daerah Semporna,” jelasnya.

Disamping itu, beliau turut menyeru kepada kerajaan negeri agar mempergiatkan usaha memulihara sumber alam sekitar, hidupan marin dan karang- karangan di Perairan Semporna.- Oleh : Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan