Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

WSJ Bertujuan Rosakkan Nama Malaysia – Abdul Rahman

2:25pm 25/02/2016 Pak Roshan 78 views Isu Semasa,Mutakhir

rahman-21-600x367 (1)

PUTRAJAYA – Tuduhan yang berulang, tidak berasas dan tidak terbukti oleh Wall Street Journal (WSJ) bertujuan untuk merosakkan nama Malaysia dan pembangunan ekonominya, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Bagaimanapun, Abdul Rahman yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kerajaan tidak akan membenarkan ia berlaku.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tidak berganjak daripada rancangannya untuk mengukuhkan ekonomi negara dan membantu rakyat. Rancangan ekonominya berjalan lancar,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata WSJ dalam artikel terbarunya sekali lagi mengesahkan agendanya terhadap Malaysia.

“Dengan melanggar sepenuhnya standard kewartawan normal, (WSJ) telah berkali-kali dan sengaja mengabaikan fakta-fakta utama dan secara palsu mendakwa bahawa laporannya mengenai Malaysia tidak dipersoalkan,” kata beliau.

Beliau menegaskan bahawa telah berkali-kali terbukti tidak ada kaitan antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma kepada perdana Menteri dan hakikat bahawa dana itu ialah dari Arab Saudi telah disahkan oleh pelbagai pihak berkuasa yang sah.

“Peguam Negara juga membuat kesimpulan, selepas siasatan menyeluruh bahawa dana itu adalah sumbangan dari Arab Saudi.

“Menteri Luar Arab Saudi telah mengesahkan dana itu dari Arab Saudi. Menteri luar itu juga bersetuju dengan keputusan Peguam Negara kita dan tiada salah laku bagi pihak perdana menteri,” kata beliau.

Beliau juga berkata Peguam Negara Switzerland juga telah mengesahkan bahawa Najib tidak disiasat.

Beliau berkata, WSJ, terus mengabaikan fakta-fakta ini dan tyerus gagal mengemukakan bukti untuk menyokong tuduhan liarnya, yang semuanya berpunca dari penentang-penentang perdana menteri dalam Kempen Anti Najib, yang hanya mengutamakan kepentingan politik mereka tanpa menghiraukan kesannya kepada Malaysia.

Abdul Rahman berkata rangkaian televisyen BBC dan akhbar The Telegraph dari UK juga menyiarkan artikel lidah pengarang yang bercanggah dengan WSJ.

“Hakikatnya, wartawan veteran BBC, Koresponden Keselamatan bagi Timur Tengah dan hos rancangan War on Terror, Frank Gardner OBE, telah mengesahkan melalui sumber paling tertinggi di Arab Saudi bahawa derma itu mendapat kelulusan pihak tertinggi kerajaan negara itu.

“Siapa yang patut kita percaya? wartawan WSJ – yang bidangnya ialah membuat liputan berita kewangan – atau pakar BBC mengenai Asia Barat apabila memperkatakan soal ketepatan maklumat dari Arab Saudi?,” kata beliau. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan