Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

WSJ Akhirnya Mengaku Dana Itu Datang Dari Saudi

2:10pm 01/04/2016 Pak Roshan 76 views Isu Semasa,Mutakhir

najibwsj1

SEPANJANG tahun lalu, akhbar antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) berjaya mempengaruhi seluruh dunia konon Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeleweng dana berjumlah RM2.6 bilion.

Tanpa rasa bersalah, akhbar berpusat di Amerika Syarikat (AS) ini melemparkan tohmah jahat konon duit itu diterima hasil korupsi daripada firma pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendedahan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali yang mengesahkan duit itu memang datang daripada sumbangan peribadi allahyarham Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dianggap penipuan bagi mengaburi fakta cerita sebenar.

Hakikat bahawa kerajaan Arab Saudi langsung tidak pernah menafikan kenyataan Apandi malah meraikan Najib dalam lawatan kerja selama empat hari awal bulan lalu enggan diakui WSJ yang masih dibuai teori konspirasi.

Kebenaran akhirnya terbukti apabila stesen penyiaran terkenal Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) awal minggu ini menyiarkan kenyataan ‘bocor’ surat rasmi daripada kerabat diraja Riyadh berkenaan isu panas itu.

Pengesahan pihak berkuasa di Malaysia, Menteri Luar Arab Saudi, mahupun organisasi media berwibawa iaitu BBC dan Daily Telegraph sebelum ini cukup membuatkan WSJ menghentikan serangan isu dana terbabit.

WSJ dalam laporan terbaharunya mendedahkan sepucuk surat didakwa daripada Putera Saud Abdul Aziz Majid yang mengaku memberikan AS$375 juta kepada Najib untuk dibelanjakan mengikut pertimbangan beliau.

Surat bertarikh 1 November 2011 itu menyebut “hadiah” itu diberikan sebagai penghargaan terhadap kerja-kerja dilakukan Perdana Menteri dalam “mentadbir Malaysia berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam”.

Pun begitu, WSJ menerbitkan artikel dalam siri mengenai 1MDB dengan mendakwa Najib membayar perbelanjaan sendiri daripada akaun peribadi yang sebelum ini didakwa dimasukkan dana ratusan juta dolar oleh 1MDB.

Media AS itu adalah yang pertama mendedahkan AS$680 juta dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum 2013, tetapi penyiasat tempatan mengisytiharkan ia hadiah dari kerajaan Saudi.

Pejabat Perdana Menteri pada Khamis berkata, perkara tersebut disahkan oleh dokumen bocor yang diterbitkan dalam laporan Four Corners, sebuah program dokumentari berita terbitan stesen ABC baru-baru ini

Kenyataan 1MDB turut menolak dakwaan WSJ itu dan berkata akhbar itu mengulangi tuduhan lama yang tidak berasas, sambil menambah bahawa dana yang sebelum ini dimasukkan ke dalam akaun Najib telah dibuktikan menerusi pelbagai sumber siasatan sebagai berasal dari Timur Tengah.

surat

Berikut kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mengulas pengakuan terbaharu WSJ terhadap kebenaran isu sumbangan peribadi pemerintah Arab Saudi terhadap Najib:

Hari ini, untuk pertama kalinya, Wall Street Journal (WSJ) akhirnya terpaksa mengakui bahawa sebahagian daripada dana yang disalurkan kepada Y.A.B. Perdana Menteri adalah dari Arab Saudi.

WSJ mengambil masa hampir setahun menafikan bahawa dana tersebut adalah daripada Arab Saudi dan membuat serangan balas terhadap mereka yang tidak menyebelahi pihak mereka.

Ini termasuklah Peguam Negara yang juga menjadi mangsa keadaan mereka setelah kerja keras beliau yang terpaksa melakukan pelbagai penyiasatan secara menyeluruh ke atas bukti-bukti.

Ini termasuklah bukti pemindahan atas talian serta menjalankan temubual khusus bersama keluarga Diraja Saudi yang akhirnya memihak kepada Perdana Menteri, bahawa dana tersebut adalah bersumberkan daripada mereka.

Walaupun bukti-bukti siasatan daripada pihak berkuasa negara dan pengakuan daripada Menteri Luar Arab Saudi telah mengukuhkan lagi bahawa kebenaran berpihak kepada Perdana Menteri, namun ini tidak cukup untuk menyekat serangan berniat jahat WSJ terhadap kredibiliti Perdana Menteri.

Ini sekaligus menunjukkan bahawa WSJ bersifat berat sebelah dalam menyampaikan laporannya, dan membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan adalah tidak berasas.

Ini kerana ianya bukanlah berniat untuk memberikan fakta. Malahan, laporan palsu tersebut seolah-olah menjadi tunjang kepada kempen Anti-Najib yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad.

Kegagalan mereka untuk menerima fakta bahawa dana tersebut adalah bersumberkan daripada keluarga diraja Saudi seperti yang dibuktikan melalui siasatan lengkap dan pengakuan khas, menyebabkan mereka semakin teruja untuk mengaibkan pihak yang benar sebagai cara menutup kesilapan yang telah mereka lakukan.

Namun, hari ini adalah titik tolak yang menjadi pemangkin untuk WSJ akhirnya bakal berkata benar dan mengakui bahawa selama ini mereka telah berada di pihak yang salah dan bahawa laporan mereka adalah tidak berasas sama sekali.

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDIN

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA Y.A.B PERDANA MENTERI

-mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan