Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wonderful Indonesia Festival 2015 di Tawau pada Disember depan

6:25pm 10/11/2015 Ann Vivien 92 views Pelancongan,Tempatan

 

Konsul Mohamad Soleh (tengah) dan para pegawai kanannya bersama rombongan PUBT di pejabatnya.

Konsul Mohamad Soleh (tengah) dan para pegawai kanannya bersama rombongan PUBT di pejabatnya.

TAWAU: Program Wonderful Indonesia Festival 2015 dijangka diadakan di daerah ini menjelang Disember depan yang bakal menonjolkan budaya, makanan dan industri berpotensi negara itu di Tawau.

Konsul Mohamad Soleh berkata, pihaknya di Konsulat Republik Indonesia Tawau sudahpun mendapat maklum-balas positif daripada para pengusaha berminat di negara itu, misalnya dari Jakarta dan Kalimantan Indonesia.

“Kita juga sedang menjalin kerjasama dengan beberapa pihak berkaitan di daerah ini bagi menjayakan festival itu kelak,” katanya dalam pertemuan dengan rombongan Persatuan Usahawan Belia Tawau (PUBT), diketuai Presidennya, Amir Anuar di pejabatnya di sini.

Menurut Soleh, idea menganjurkan program yang julung kali diadakan itu adalah sempena Indonesian Trade Expo di Jakarta yang dilebarkan sayap ke Tawau tetapi berbentuk mini ekspo dan ditambah dengan persembahan kebudayaaan dan makanan.

Tambahnya, hasrat murni mengadakan festival itu juga adalah selaras usaha ke arah satu hubungan positif di dalam pelbagai bidang di antara Malaysia-Indonesia sebagai negara serumpun.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan