Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wisma Putra Panggil Wakil Filipina Berhubung Tuntutan Terhadap Sabah

10:49pm 01/03/2016 Pak Roshan 1618 views Isu Semasa,Mutakhir
philiphine-malaysia

foto : freemalaysiatoday

PUTRAJAYA : Wisma Putra hari ini memanggil wakil Filipina berhubung tuntutan terhadap Sabah yang dibuat oleh calon Presiden Filipina, baru-baru ini.

Kementerian Menteri Luar dalam kenyataan di sini Selasa memaklumkan Konsul Besar Filipina di Malaysia Maria Antonina M.Mendoza-Oblena dipanggil berhubung kenyataan itu.

Calon presiden berkenaan dilaporkan media tempatan, berikrar untuk meneruskan tuntutan sempadan negara berkenaan ke atas Sabah, sekiranya beliau dipilih sebagai presiden semasa pemilihan, pada 9 Mei depan.

“Kerajaan Malaysia ingin menegaskan pendirianya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah,” menurut kenyataan itu.

Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak 16 Sept 1963.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan