Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wisma Putra Panggil Duta Filipina Mohon Bantu Pembebasan Mangsa Culik

1:56pm 14/04/2016 Pak Roshan 365 views Isu Semasa,Mutakhir
KES culik dekat Pulau Ligitan Semporna Jumaat malam kini disiasat di Balai Polis Tawau oleh pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Semporna - Foto BERNAMA

KES culik dekat Pulau Ligitan Semporna Jumaat malam kini disiasat di Balai Polis Tawau oleh pasukan penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Semporna – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA : Kementerian Luar Malaysia memanggil Duta Filipina ke Malaysia Jose Eduardo E Malaya semalam untuk meminta bantuan Kerajaan Filipina dalam usaha pembebasan awal empat mangsa culik rakyat Malaysia.

“Duta itu memberi jaminan kepada Malaysia bahawa Kerajaan Filipina sedang mengambil segala langkah yang diperlukan untuk menjejak keempat-empat rakyat Malaysia itu,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.

Empat rakyat Malaysia — Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29 and Johnny Lau Jung Hien, 21 – dilaporkan diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Ligitan, Semporna, Sabah, pada 1 April lepas.

Kenyataan Wisma Putra itu juga menyatakan permintaan yang sama juga telah disampaikan oleh Kedutaan Malaysia di Manila kepada Jabatan Hubungan Luar Filipina pada 6 April lepas.

Pada 4 April lepas, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman telah memohon kerjasama daripada Kerajaan Filipina menerusi Menteri Luar negara itu.

Wisma Putra berkata perkara paling utama dalam insiden ini ialah memastikan keempat-empat rakyat Malaysia itu selamat dan ia akan bekerja rapat dengan Kerajaan Filipina untuk pembebasan mereka.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan