Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wisma Muis perlu dijadikan sebagai hub keperluan Islamik- Arifin

SERAH... Aminnudin (dua kiri) menyerahkan Mok Cek Zakat kepada Suhaili (kanan) dan turut disaksikan oleh Arifin.
SERAH… Aminnudin (dua kiri) menyerahkan Mok Cek Zakat kepada Suhaili (kanan) dan turut disaksikan oleh Arifin.

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri sarankan agar bangunan Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dijadikan sebagai hub keperluan Muslimin dan Muslimah di Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, terdapat banyak kedai- kedai yang menjual pelbagai jenis produk dan barangan keperluan masyarakat Islam di bangunan tersebut.

“Masyarakat setempat khususnya yang beragama Islam boleh membeli dan mencari pelbagai jenis barangan keperluan Islamik termasuklah makanan halal dan busana- busana muslimah di bangunan Muis ini,” katanya semasa berucap sempena Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Dividen kepada MUIS, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Wisma Harta Sdn Bhd Aminnudin Mohd Yakub; Pemangku Pengarah Urusan Wisma Harta Sdn Bhd Abd Wahab Ag Yusof dan Timbalan Setiausaha MUIS Adnan Rosdin.

Selain itu, Arifin memuji usaha Wisma Harta Sdn Bhd memastikan pentadbiran yang terurus dan berusaha mendapatkan keuntungan perniagaan.

” Zakat perniagaan yang diperolehi Wisma Harta Sdn Bhd adalah sebanyak RM 42 ribu manakala dividen sebanyak RM 11 ribu,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Urusan Wisma Harta Sdn Bhd, Abdul Wahab Ag Yusof berkata, keuntungan yang diperolehi oleh pihaknya telah meningkat sebanyak 80 peratus berbanding tahun 2014.

“Wisma Harta Sdn Bhd telah mencapai keuntungan bagi kewangan 2015 sebanyak RM220,593 berbanding RM138,232 tahun sebelumnya.

“Manakala bagi zakat perniagaan adalah sebanyak RM42,194.74 berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM21,436.88,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan