Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

WILAYAH PERSEKUTUAN JUARA SUKMA

standing

KANGAR – Selepas Kuala Lumpur dinobat sebagai juara edisi sulung Sukan Malaysia (Sukma) pada 1986, Wilayah Persekutuan me­ngulangi pencapaian 28 tahun lalu dengan merampas gelaran Raja Sukma selaku juara keseluruhan Temasya XVII di Perlis.

Nama Wilayah Persekutuan mula digunakan pada 2006 selepas Kuala Lumpur bergabung dengan Labuan dan Putrajaya.

Namun, kejayaan muncul juara keseluruhan pada Sukma XVII yang ditutup secara rasmi hari ini, mengimbau kembali kejayaan yang pernah dipahat Kuala Lumpur, 28 tahun lalu.

Pungutan 55 pingat emas, 38 perak dan 49 gangsa pada Sukma membolehkan Wilayah Persekutuan diangkat sebagai juara, menewaskan gergasi sukan tanah air, Terengganu yang berada di kedudukan kedua dengan 51 emas, 55 perak dan 31 gangsa.

Malah pencapaian Wilayah Persekutuan itu adalah lebih baik berbanding Temasya 2012 di Kuantan, yang menyaksikan kontinjen mereka sekadar mengumpul 37 emas, 41 perak dan 45 gangsa untuk berada di kedudukan kelima.

Dalam 24 sukan yang dipertan­dingkan pada Sukma Perlis, renang adalah penyumbang utama emas buat Wilayah Persekutuan.

Insiden bumbung koyak di Pusat Akuatik, Kompleks Renang, Kangar tidak langsung menjejaskan pemburuan pingat Wilayah Persekutuan apabila meraih 10 pingat emas daripada 38 yang ditawarkan.

Wilayah Persekutuan turut menguasai gimrama dan taekwondo selepas masing-masing menyumbang sembilan dan lima emas.

Atlet gimrama, Tai Qing Tong menyumbang lima emas buat Wilayah Persekutuan, sekali gus meletakkan namanya sebagai calon Olahragawati bersama rakan sepasukan, Ong Ming Fen yang memenangi tiga emas renang.

Bagaimanapun atlet kanu Pahang, Nor Azita Ibrahim mendahului calon utama Olahragawati dengan mempamer pencapaian sensasi, menggondol tujuh pingat emas.

Nor Azita muncul pemenang pingat emas terbanyak pada temasya kali ini, baik dalam saingan lelaki dan wanita.

Bagi persaingan gela­ran Olahragawan, lima atlet berkongsi kutipan empat pingat emas.

Mengetuai senarai pe­renang Selangor, Chan Jie; jaguh menembak Pahang, Low Wei Chern; atlet memanah Terengganu, Muhammad Shaiffuddin Kamro serta dua atlet kanu, Mohd. Khirulniza Salleh (Wilayah Persekutuan) dan Ahmad Shafiq dari Terengganu.

Namun, cabaran daripada pemecah-pemecah rekod kebangsaan juga tidak boleh diketepikan.

Atlet Johor, Iskandar Alwi menjuarai acara lompat bergalah lelaki bersama rekod kebangsaan, 5.15 meter.

Pemenang pingat emas Sukan SEA, Muhammad Irfan Shamsuddin dari Negeri Sembilan meraih emas lempar cakera bersama rekod kebangsaan, 54.26m.

Turut mencatat nama sebagai pencipta rekod kebangsaan, atlet angkat berat Sabah, Constantine Clement.

Terengganu yang mendominasi acara kanu, menyaksikan pendayung mereka, Akmal Idayu Mat Razik dan Fatin Ajeerah Wahab memahat rekod kebangsaan dalam kategori K2 1,000m wanita.

Komen


Berita Berkaitan