Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wi-Fi percuma di Masjidil Haram

makkah

Makkah: Jemaah yang menunaikan umrah dan haji di Masjidil Haram boleh menikmati perkhidmatan Wi-Fi percuma di pekarangan masjid itu tidak lama lagi.

Menurut Pengarah Pusat Teknologi Maklumat Bandar Al-Khuzaim, ia sebahagian daripada perkhidmatan teknologi yang diperkenalkan Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci untuk kemudahan jemaah.

Katanya, perkhidmatan Wi-Fi percuma itu bertujuan mewujudkan hubungan dalam talian antara kakitangan majlis dan jemaah.

Agensi Berita Saudi melaporkan, kakitangan majlis akan menggunakan teknologi rangkaian popular tanpa wayar untuk menghantar panduan dan mesej kepada jemaah.

Selain itu, perkhidmatan Bluetooth juga akan diperkenalkan bagi memudahkan jemaah di kawasan tawaf mengetahui bilangan pusingan yang sudah mereka lakukan.

Perkhidmatan itu diperkenalkan dengan kerjasama pusat teknologi inovasi Universiti Umm Al-Qura Makkah.

“Mereka juga memperkenalkan pengeluaran dan pembaharuan tempahan dalam talian untuk makanan berbuka puasa di Masjidil Haram.

“Individu mahupun syarikat yang berkenaan boleh mengambil kesempatan untuk menderma makanan kepada jemaah,” kata Bandar.

Dia juga mengumumkan kemudahan pendaftaran elektronik untuk melakukan iktikaf dalam enam bahasa iaitu Arab, English, Perancis, Urdu, Turki dan Parsi.

Kemudahan yang sama juga boleh digunakan oleh mereka yang ingin melawat Pameran Masjidil Haram dan kilang kelambu Kaabah. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan