Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

WHSSB catat prestasi kewangan yang baik

11:03pm 20/06/2016 Leolerry Lajius 14 views Tempatan
Ramlee (kiri) menerima pemberian zakat daripada Celcom Timur sdn bhd sambil diperhatikan oleh Musa(tengah).-Gambar Oleh Alex Mairin

Ramlee (kiri) menerima pemberian zakat daripada Celcom Timur sdn bhd sambil diperhatikan oleh Musa(tengah).-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kumpulan Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB) menzahirkan keupayaan mencatatkan prestasi kewangan yang baik bagi tahun 2015 dengan pemberian dan penyampaian zakat perniagaan berjumlah RM1.27 juta.

Jumlah terkumpul ini disumbangkan oleh Warisan Harta Sabah sebanyak RM167,898, Celcom Timur Sdn Bhd sebanyak RM910,403, Common Tower Technologies Sdn Bhd sebanyak RM141, 062 dan Angkatan Hebat sebanyak RM52, 470.

Menurut Pengerusi WHSSB Datuk Hj Ramlee Marahaban, sejak ditubuhkan pada tahun 1995, WHSSB telah membuktikan peningkatan prestasi dan daya saingnya sehingga muncul sebagai salah satu syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang dapat menyumbang dividen yang mapan dari tahun ke tahun.

“Walaupun pada tahun ini jumlah sumbangan secara keseluruhan menunjukkan penurunan tetapi kami yakin sumbangan di masa akan datang akan semakin bertamban seiring dengan rangka besar program tanggungkawab sosial (CSR) kumpulan ini.”

“Selain daripada sumbangan zakat korporat dan CSR, kumpulan ini juga tidak leka dari misi utamanya kepada pemegang saham satu-satunya yakni, Kerajaan Negeri Sabah dalam bentuk dividen yang dibayar setiap tahun dan pada tahun 2015 komitmen syarikat adalah tidak kurang dari RM10 juta, “katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada rumah anak yatim, di sini, hari ini.

Tambah beliau, untuk menjayakan lagi misi korporat bagi tahun akan datang pihak lembaga pengarah dan juga pengurusan telah mengambil pendekatan strategik dengan menerajui bidang sumber tenaga lestari dan infrastruktur ICT.

Sempena majlis berkenaan, kumpulan Warisan Harta juga turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Rumah Anak-anak Yatim Yayasan Kebajikan Suria yang melibatkan hampir 50 orang penghuni yang disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan