Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wayar elektrik usang perlu diperiksa elak kejadian tidak diingini

simsim

SANDAKAN: Bagi memastikan keadaan wayar talian sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan pengguna khususnya kawasan Sim-Sim di sini, pihak berkuasa disarankan menjalankan pemeriksaan ke atas wayar pada dari semasa ke semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata pemeriksaan penting khususnya di kawasan yang dikenal pasti mempunyai talian yang telah usang.

Keyataan Raymond di sampaikan oleh Ahli Majlis, Alex Lim sewaktu membuat tinjauan ke tempat kejadian bersama pegawai Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Kenyataan itu juga sebagai mengulas kejadian yang berlaku di perkampungan atas air, Kampung Sim-Sim di mana dalam masa beberapa hari lepas dua kejadian membabitkan wayar berkenaan berlaku iaitu di Jambatan 16, 17 pada Jumaat malam dan Jambatan 22 pada Ahad malam di kampung berkenaan.

Namun demikian, tiada kemalangan tidak diingini dilaporkan berlaku susulan tindakan pantas SESB dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan yang segera tiba di lokasi dan SESB kemudian memeriksa dan membaiki wayar tersebut sejurus menerima laporan awam.

Menurut Alex, Raymond juga memuji tindakan orang awam yang pantas memaklumkan hal itu kepada SESB dan Bomba yang mana dua agensi itu turut telah melaksanakan tugasan dengan baik dan cekap.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Jambatan 16 dan 17 pada Jumaat malam berikutan benang-benang dari layang-layang yang tersangkut di wayar itu menyebabkan wayar berkenaan bersentuhan.

Serentak itu, orang ramai juga dinasihatkan agar sama-sama menjaga harta benda awam.

Komen


Berita Berkaitan