Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Watikah Perlantikan dan Angkat Sumpah Ahli Lembaga Sukan Negeri Sabah  

Ahli Lembaga selepas angkat sumpah bersama menteri
Ahli Lembaga selepas angkat sumpah bersama menteri

KOTA KINABALU – Lembaga Sukan Negeri Sabah berperanan menyediakan kemudahan sukan kepada masyarakat dan para atlet bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dan produktif disamping melahirkan atlet yang cemerlang.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, ahli lembaga adalah tunggak utama tadbir urus korporat dengan tanggungjawab kolektifnya dalam memimpin dan menentukan hala tuju dan hal ehwal Lembaga Sukan Negeri Sabah.

“Sebagai sebuah badan yang membuat keputusan berkesan dan berkaitan dengan prestasi serta aktiviti Lembaga supaya ia dijalankan dengan mengambil kira kepentingan kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli-ahli Lembaga Sukan Negeri Sabah.

Menurutnya, tanggungjawab ahli lembaga bukanlah mudah, mereka harus memastikan keputusan yang diambil adalah tepat, maka keputusan itu mestilah diperhalusi berkali-kali dan selaras dengan undang-undang, prosedur dan tatacara yang ditetapkan sebelum dipersetujui.

“Dalam hal ini, Kerajaan Negeri berpendapat Badan-badan Berkanun Negeri perlu dibarisi oleh Ahli-ahli Lembaga yang komited dan efektif, peka kepada perubahan dan disokong oleh pihak pengurusan yang cekap,” katanya.

Beliau berkata, beliau yakin bahawa Ahli-ahli Lembaga yang terpilih  yang terdiri daripada adunan pegawai kerajaan dan bukan kerajaan itu, mampu manjalankan tugas mereka dengan penuh komitmen dan professional kearah merealisasi visi, misi dan objektif Lembaga Sukan Negeri Sabah.

Tambahnya, beliau menggesa agar Ahli-ahli Lembaga dan Pihak Pengurusan dapat melaksanakan Penilaian Prestasi sebagai langkah bagi mengenal pasti tindakan dan seterusnya mengambil langkah susulan yang perlu dibuat bagi meningkatkan lagi prestasi Lembaga Sukan Negeri Sabah.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

 

Komen


Berita Berkaitan