Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Waterfront Urban Development rai sukarelawan MPMS

Ghani menyerahkan replika cek sumbangan RM100,000 kepada Presiden MPMS, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, untuk Tabung Mangsa Gempa Bumi. - foto Sayangsabah
Ghani menyerahkan replika cek sumbangan RM100,000 kepada Presiden MPMS, Datuk Jainab Ahmad Ayid yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, untuk Tabung Mangsa Gempa Bumi. – foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Sukarelawan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) diraikan dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di Boardwalk, Oceanus Waterfront Mall di sini semalam.

Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd, Datuk Ghani Abdul Rashid berkata, majlis itu dianjurkan  sebagai penghargaan terhadap usaha sukarelawan tersebut membantu mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Ranau dan Kota Belud, baru-baru ini.

“Penghargaan juga perlu diberikan kepada sukarelawan yang banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk membantu mangsa yang terjejas oleh gempa bumi,” katanya semasa berucap di majlis tersebut, semalam.

Perasmian majlis berbuka puasa itu disempurnakan oleh Menteri Pembanguman Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Ghani juga berharap melalui penganjuran majlis berbuka puasa itu akan membuktikan kepada masyarakat bahawa pengorbanan para sukarelawan terbabit tidak pernah dilupakan.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sumbangan RM100,000 untuk Tabung Bencana Gempa Bumi MPMS kepada Jainab yang juga Presiden MPMS.

Antara tetamu kehormat yang hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Siti Sapoo Haji Ahok dan Pembantu Menteri Pembanguman Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Anita Baranting.

oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan