Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Waspada tindakan hasut benci kerajaan – Salleh

Datuk Sri Salleh Said Keruak
Datuk Sri Salleh Said Keruak

KINABATANGAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang cuba meracuni fikiran mereka untuk membenci kerajaan.

Menurut beliau, pihak tertentu di luar negara itu berbuat demikian kerana cemburu dengan kerajaan yang mampu memajukan negara dalam suasana demokrasi, sekali gus menyumbang kepada keamanan.

“Mereka (pihak tertentu di luar negara) bersekongkol dengan kumpulan kecil di Malaysia meracuni pemikiran rakyat termasuk membuat tohmahan dan fitnah kepada Perdana Menteri.

“Ia bertujuan agar rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata, mereka menggunakan media sosial dengan memberi gambar negatif untuk meracuni pemikiran rakyat agar membenci kerajaan.

– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan