Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Waspada taktik penjenayah

Douglas (tengah) mengagih-agihkan risalah keselamtan kepada salah seorang pengunjung di bazar Ramadan. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Douglas (tengah) mengagih-agihkan risalah keselamtan kepada salah seorang pengunjung di bazar Ramadan. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Polis akan mengedarkan risalah keselamatan secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada orang awan terutama golongan peniaga di sekitar pekan ini tentang kepentingan menjaga keselamatan dan pencegahan jenayah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Douglas Nyeging Taong berkata, orang awam perlu mengetahui kaedah menjaga keselamatan diri memandangkan penjenayah semakin licik dan menggunakan pelbagai taktik mencari mangsa mereka.

Katanya, dengan adanya risalah keselamatan yang diagih-agihkan oleh pihak polis kepada orang awam sekurang kurangnya dapat membantu pihak berkuasa dan individu itu sendiri mencegah jenayah dan kerana melalui panduan yang tertera dalam risalah berkenaan dapat membantu.

“Dalam risalah berkenaan bukan sahaja tertera panduan menjaga keselamatan dan pencegahan jenayah tetapi juga nombor talian setiap Ibu Pejabat Daedah dan balai polis turut dimuatkan,” katanya kepada pemberita selepas Program High Policing dan Jelajah Bazar Ramadan, di sini hari ini.

Mengenai program itu, Douglas berkata, selain meninjau bazar Ramadan ia juga bertujuan merapatkan hubungan antara peniaga serta pengunjung bazar dengan polis. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan