Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wasiat bilionair

SULAIMAN Abdul Aziz Al Rajhi
SULAIMAN Abdul Aziz Al Rajhi

Riyadh: Seorang bilionair terkenal Arab Saudi yang kini berusia 95 tahun meminta anggota keluarga dan sanak saudaranya supaya tidak meratap atau berduka cita apabila dia meninggal dunia.

Alasannya, ia tidak digalakkan dalam Islam.

Abdul Aziz Al Rajhi, antara lelaki paling kaya di dunia Arab dan dermawan terkenal, menulis wasiat untuk keluarga dan saudaranya, meminta mereka melakukan empat perkara untuknya selepas kematiannya.

Pertama, mereka tidak boleh mengadakan sebarang majlis memperingatinya di rumah dan mengelak daripada menyiarkan ucapan takziah di media, lapor akhbar tempatan.

Abdul Aziz juga mahu mereka yang tidak dapat mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan supaya berdoa untuknya dan menggesa akhbar menyiarkan surat wasiat itu.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan