Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,674

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wartawan terlampau

9:21am 14/08/2016 Pak Roshan 1276 views Global
SEDUTAN video menunjukkan seorang mangsa kemalangan diwawancara wartawan di El Salvador. - Liveleak

SEDUTAN video menunjukkan seorang mangsa kemalangan diwawancara wartawan di El Salvador. – Liveleak

San Salvador, El Salvador: Seorang wartawan di El Salvador dikritik selepas dia tidak membantu seorang mangsa kemalangan jalan raya sebaliknya mewawancara lelaki berkenaan secara langsung di televisyen.

Wartawan berkenaan dilaporkan secara kebetulan ternampak satu kemalangan membabitkan seorang lelaki yang dilanggar sebuah trak ketika melintas sebuah lebuh raya di sini.

Siaran langsung laporan itu bermula dengan jurukamera merakam imej cermin hadapan sebuah trak berwarna putih yang retak dan diletak di tepi lebuh raya.

Jurukamera itu kemudian mengalihkan rakamannya terhadap seorang lelaki tidak berbaju yang terbaring di tepi lebuh raya.

Lelaki itu jelas berada dalam keadaan kesakitan dan mengerang ketika berbaring di atas rumput. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan