Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wartawan Malaysiakini Cabut Lari, Padah Terlebih Spin

2:37pm 24/04/2016 Pak Roshan 2165 views Mutakhir,Nasional
Kow Gah Chie

Kow Gah Chie

KUCHING – Khabarnya seorang wartawan sensasi portal propembangkang terkenal, Malaysiakini menyiarkan laporan yang bukan sahaja mengelirukan malah sehingga mencetuskan kemarahan ramai rakyat Sarawak sendiri.

Menurut sumber, bagi menutup aib dan mengelakkan kejadian seumpama itu berulang, pihak editorial portal itu dikatakan telah mengarahkan wartawannya, Kow Gah Chie untuk segera keluar dari Sarawak pada petang Sabtu.

Laporan berita tersebut berkemungkinan boleh membangkitkan sentimen keagamaan di negeri bumi kenyalang sementalah ia cukup sensitif disiarkan menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 bermula pada Isnin.

“Saya dimaklumkan Gah Chie telah pulang petang tadi (23 April) selepas diarah segera balik ke Kuala Lumpur. Berita fitnah itu menyebabkan rakyat Sarawak marah malah beberapa laporan dibuat ke atasnya,” kata sumber.

Wartawan terbabit dikatakan menaiki penerbangan pulang dengan pesawat syarikat Air Asia jam 6 petang Sabtu. Sehingga kini sekurang-kurangnya dua laporan polis telah dibuat ke atas wartawan kontroversi berkenaan.

Wartawan itu sebelum ini menulis berita bertajuk ‘Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak’ yang dipetik di luar konteks ucapan ADUN Nangka, Dr. Annuar Rapa’ee menyebabkan timbulnya kekeliruan umum.

Malaysiakini-Penipu

Malaysiakini

Wakil rakyat Barisan Nasional tersebut menafikan ada berucap demikian dan menyifatkan laporan berkenaan sebagai putar belit serta fitnah dengan tujuan menimbulkan sentimen keagamaan dalam kalangan rakyat Sarawak.

“Saya tidak pernah sebut itu. Semuanya fitnah dan putar belit wartawan Malaysiakiniitu. Saya hanya berkata, undi BN untuk kekalkan Adenan Satem,” tegas Dr. Annuar yang dipetik daripada laporan portal SarawakVoice.

Katanya, tindakan wartawan portal itu, Gah Chie mempunyai berniat jahat dan amat tidak bertanggungjawab. “Dia (Gah Chie) harus faham bahawa di Sarawak, sentimen agama dan perkauman memang tidak mendapat tempat.”

Difahamkan, wartawan popular berkenaan memang mahir memutar belit sesuatu berita di luar daripada konteks sebenar namun kali ini, percubaannya membuatspin secara keterlaluan nyata berjaya memakan diri sendiri pula.

“Kerana itu kita amat menyokong tindakan berani calon BN untuk Dudong, Datuk Tiong Thai King yang langsung tidak melayan wartawan dari Semenanjung itu pada petang Sabtu,” kata beliau lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan