Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wartawan kanan New Sabah Times maut

8:33am 30/11/2016 Pak Roshan 466 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Frederick

Frederick

Kota Kinabalu: Wartawan kanan akhbar New Sabah Times maut disyaki akibat serangan jantung selepas merempuh kenderaan di Jalan Sembulan berhadapan Balai Bomba Kota Kinabalu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Frederick Charles Leong, 64, dipercayai meninggal dunia di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.

Difahamkan, ketika kejadian mendiang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bundusan, Penampang selepas selesai bertugas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mendiang yang lebih dikenali sebagai Fred Leong berkhidmat lebih 30 tahun dalam media dan pernah bertugas di RTM, Borneo Mail dan terakhir New Sabah Times. – myMetro Online

angkat-jpg_1480423844

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan