Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wartawan diingatkan agar pastikan isu sahih sebelum diviralkan

12:57pm 22/02/2016 Leolerry Lajius 23 views Tempatan

KOTA KINABALU: Para wartawan diseru agar memastikan maklumat yang terdapat dalam laman sosial adalah benar sebelum disebarkan kepada orang ramai.

Seruan itu disuarakan oleh Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Yong Ted Phen ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran KKJA di Dewan Hakka, di sini, kelmarin.

“Seperti yang kita sedia maklum pengaruh media massa mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan saya ingin menyeru kepada para wartawan agar memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum disebarkan kepada orang ramai,”katanya.

Tambah beliau, sambutan pada tahun ini menjadi satu rekod baru dengan kehadiran tetamu kehormat (VIP) yang paling ramai sejak KKJA menganjurkan sambutan tersebut sejak 25 tahun yang lalu.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman bersama pemimpin-pemimpin politik yang lain dan juga ahli-ahli KKJA serta persembahan pementasan dari stesen radio Sabah Vfm.

Musa juga turut menyampaikan angpaw kepada kanak-kanak dan individu yang masih bujang ketika majlis tersebut.-Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan