Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wartawan Australia antara 16 ditahan

lynas

KUANTAN : Polis Pahang menahan 16 orang termasuk dua wanita dan Pengerusi Kumpulan Himpunan Hijau, Wong Tack, selepas menyertai perhimpunan di depan kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, semua individu terbabit ditahan selepas masih enggan bersurai walaupun sudah dinasihatkan berbuat demikian pada jam 4 petang.

“Seorang wanita yang ditahan ialah wartawan bebas warga Australia. Polis tidak menggunakan kekerasan dalam menahan mereka. Semua individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dareah (IPD) Kuantan.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam perhimpunan haram,” katanya dalam sidang media berhampiran dengan kilang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, perhimpunan itu disertai kira-kira 500 orang membabitkan 100 kereta dan tiga bas yang kebanyakannya datang dari luar negeri ini.

Katanya, bagaimanapun keadaan terkawal memandangkan polis bersiap sedia menghadapi perhimpunan itu.

Kelmarin, Polis Pahang mendapat perintah Mahkamah Majistret, di sini, untuk melarang penganjur Himpunan Hijau dan orang ramai menyertai perhimpunan.

Komen


Berita Berkaitan