Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Wartawan Al-Jazeera dihukum penjara

wartawan

KAHERAH: Sebuah mahkamah Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun ke atas tiga wartawan stesen televisyen Al-Jazeera atas tuduhan membantu gerakan Ikhwanul Muslimin.

Antara yang dikenakan hukuman itu termasuk warga Australia, Peter Greste yang dipenjara tujuh tahun bersama-sama seorang lagi wartawan, Mohamed Fadel Fahmy.

Manakala, penerbit rancangan, Baher Mohamed dikenakan dua pertuduhan yang membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun bagi pertuduhan pertama dan tiga tahun bagi pertuduhan kedua.

Ketiga-tiga mereka adalah antara 20 defendan dalam perbicaraan yang menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa kerana bimbang dengan sekatan media yang semakin meningkat di Mesir.

Seramai 11 defendan termasuk tiga wartawan warga asing yang dibicarakan tanpa kehadiran mereka di mahkamah, dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Pihak berkuasa tentera Mesir yang menggulingkan kerajaan bekas presiden Mohamed Mursi pada Julai 2013, berang dengan laporan yang disiarkan rangkaian televisyen itu berhubung tindakan keras mereka ke atas anggota Ikhwan.

Di samping itu, mereka menganggap Al-Jazeera sebagai penyokong Ikhwan.

Komen


Berita Berkaitan