Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Wartakan Batu Sumpah sebagai ‘State Heritage’

6:03pm 21/11/2016 Leolerry Lajius 24 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Kerajaan diseru agar mengambil inisiatif untuk mewartakan Batu Sumpah sempena penubuhan Malaysia sebagai State Heritage dan sekaligus mengembalikan perkataan ‘’Kerajaan Malaysia Jamin’ ke tempat yang asal.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kapayan Dr. Edwin Bosi berkata, Batu Sumpah berkenaan mempunyai makna yang amat penting dalam tradisi dan adat istiadat orang asal negeri ini dan juga merupakan satu jaminan Kerajaan Malaysia kepada orang asal negeri ini.

“Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk menjadikan batu sumpah ini sebagai bahan sejarah dan dimasukkan ke dalam buku sejarah sekolah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ke-14 di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Sabah mencatatkan kes penyakit Batuk Kering atau TB yang tertinggi di Negara ini dan masalah ini wajar diambil perhatian yang serius.

“Menurut Pengarah Kesihatan Sabah, batuk kering kekal sebagai penyakit yang mencatatkan peratusan tertinggi dengan 4515 kes pada tahun 2013 dan Daerah Penampang mencatatkan kes yang tertinggi,”katanya.

Edwin juga turut menggesa agar kerajaan menjalankan proses pengukuran kawasan pertanian yang diusahakan oleh Anak Negeri Sabah.

Menurut beliau, terdapat tanah pertanian ini yang telah lama diusahakan dan kawasan berkenaan seharusnya boleh dianggap sebagai tanah adat atau NCR

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada kerajaan untuk menjalankan proses pengukuran tanah ini, kerana ladang berkenaan masih belum mempunyai geran walaupun telah lama diusahakan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan