Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Warrior Wipe Out Challenge pertama di Malaysia diadakan di Sabah

4:59pm 17/12/2015 Dewiana Tinggolongon 707 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Helilia (kiri) menyampaikan sijil Malaysia Book of Record kepada Chester (dua kiri) sambil disaksikan oleh Johnson (Kanan).

Helilia (kiri) menyampaikan sijil Malaysia Book of Record kepada Chester (dua kiri) sambil disaksikan oleh Johnson (Kanan).

KOTA KINABALU- Warrior wipe Out Challenge akan diadakan di Kota Kinabalu buat pertama kalinya di Malaysia sekaligus tersenarai dalam Malaysia Book of Record.

Penganjur program itu, Chester Chan berkata, program berkenaan dianjurkan oleh  Grand Illusions Kota Kinabalu.

“Terdapat  12 jenis cabaran akan digabungkan dalam enam set  dan semua halangan berkenaan adalah selamat untuk digunakan.

“Cabaran berkenaan adalah melibatkan aktiviti berlari, memanjat, merangkak, melompat dan melantunkan diri,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini (Khamis).

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengarah Eksekutif Oceanus, Johnson Koh, dan Pengurus Besar The Malaysia Book of Records, Helilia Juana Hashim.

Chester berkata, program berkenaan akan diadakan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac tahun 2016, bermula seawal 8 pagi hingga 10 malam di kawasan luar pusat beli –belah oceanus Waterfront Mall.

Menurutnya, setelah pertandingan tiga hari itu selesai ia akan diteruskan lagi dengan Wipe out karnival pada 28 mac di tempat yang sama.

Katanya para peserta yang juga berlawan secara individu  itu diberi kebebasan untuk memilih tarikh untuk mengikuti pertandingan berkenaan.

Jelas beliau,  terdapat dua katagori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang berumur 16 tahun ke atas.

“Setiap peserta akan diberi satu jam berlatih sebelum perlawanan sebenar berlangsung .

“Selain itu kami juga menyediakan ‘Warrior Time Card’ untuk setiap peserta bagi mencatat masa mereka menghabiskan setiap halangan yang disediakan,” ujar beliau.

Menurutnya, setiap peserta yang memperolehi masa paling singkat menyelesaikan cabaran itu akan berpeluang ke pertandingan akhir.

“Nama mereka juga akan dicatat dalam ‘Chart of Warrior’ dan kami akan memilih 10 pemenang dalam setiap sesi iaitu lima lelaki dan lima wanita.

“Tiga pemenang akan menerima hadiah lumayan yang disediakan, “ katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pendaftaran pertandingan akan dibuka pada hari ini di Grand Illusions Kota Kinabalu di Tanjung Aru dan 350 orang pendaftar terawal akan  membayar yuran penyertaan sebanyak RM68 sahaja.

Keterangan lanjut mengenai pertandingan berkenaan boleh menghubungi talian 088-211391 atau mengikuti informasi di laman sosial facebook http://www.facebook.com/WarriorWipeout.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan