Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warkah terakhir seorang kekasih

ANGELA diiringi polis ketika mahu bertemu Raheem untuk kali terakhir beberapa hari lalu.
ANGELA diiringi polis ketika mahu bertemu Raheem untuk kali terakhir beberapa hari lalu.

Madiun: Seorang daripada pesalah dadah yang menunggu hukuman mati dijalankan ke atasnya sempat menulis surat kepada kekasihnya – seorang pelajar sekolah menengah di Madiun.

Berikut antara kandungan surat ditulis lelaki warga Nigeria, Raheem Agbaje Salami kepada Angela Intan bertarikh 2 Mac lalu:

“Perkara terakhir yang paling utama mahu aku katakan ialah mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal pada kekasih hatiku yang sangat dicintai: Angela Intan yang selama ini begitu setia mendampingi dalam suka dan duka.

“Aku mendoakan kamu berjaya menduduki peperiksaan yang akan diadakan tahun ini dan lulus dengan baik.

“Meskipun aku sudah tiada, kamu harus kuat menghadapi cabaran.

“Terima kasih atas segalanya. Kebersamaan kita yang tercipta dengan baik adalah anugerah Tuhan sehingga aku boleh mengenal dan mencintai kamu walau singkat.

“Aku gembira kamu dapat menerimaku apa adanya.”

Raheem berkenalan dengan Angela ketika pelajar terbabit menyertai rombongan ahli gereja Katolik ke penjara. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan