Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Warkah taubat pencuri insaf

warka pencuri insaf

KUALA LUMPUR: “Ya Allah, di saat Winzulaidi terjatuh, Winzulaidi berserah kepadaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan maafkanlah kesalahan Winzulaidi di duniaMu Ya Allah.” Itu yang tertera dalam warkah taubat seorang pencuri yang menyesal dengan perbuatannya dan bertindak memulangkan kembali beberapa keping dinar emas bernilai kira-kira RM3,000 kepada mangsa.

Malah, pencuri yang dipercayai warga Indonesia itu turut membayar ‘ganti rugi’ sebanyak 10,000 Rupiah (RM2.70) dalam kejadian di Taman Sri Gombak, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa, Marianti Chadijah Mohd Ghazali, 35, bersama suaminya Mior Yusuf Ahmad Fuad, 38, terkejut selepas mendapati rumah yang ditinggalkan hampir seminggu selepas pulang berhari raya di kampung dalam keadaan mencurigakan sebaik tiba di rumah mereka.

Menurut Marianti, dia dan suaminya tiba di Gombak kira-kira jam 12.30 tengah malam sebelum mendapati lampu di ruang balkoni rumah terpasang.
“Sebelum tiba di rumah lagi, hati saya rasa berdebar-debar dan merasakan sesuatu sedang berlaku. Telahan saya benar apabila tiba di persimpangan rumah, saya dapati lampu di balkoni menyala.
“Saya bertanya kepada suami sama ada dia terlupa menutup lampu namun suami yakin dia sudah menutup lampu sebelum pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui di sini, malam kelmarin.

Katanya, apabila sampai di hadapan rumah suami melihat pintu pagar dan jeriji rumah berkunci namun pintu depan sudah terbuka.

“Malah meja yang diletakkan di tepi dinding beralih ke tengah manakala kotak yang disediakan untuk tempat tinggal kucing dibentang sepertimana digunakan golongan gelandangan tidur,” katanya.

Menurut Marianti, selepas yakin rumah dimasuki pencuri suami kemudiannya menghubungi polis dibimbangi terdapat orang di dalam rumah.

“Setibanya polis di rumah, suami cuba membuka pintu namun gagal dan terpaksa masuk ikut pintu belakang.

Komen


Berita Berkaitan